KUALA TERENGGANU: Terengganu mengekalkan prestasi terbaik enam tahun berturut-turut dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia ( STPM) apabila mencatat Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) terbaik iaitu 3.12. Timbalan Pengarah Pendidikan (Sektor Pembelajaran) Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Wan Zuraidi Che Wan Zaid berkata, pencapaian itu sekali gus mengatasi PNGK Nasional 2.85. “Pada 20204, negeri ini mencatat PNGK 3.12 pada berbanding 3.11 pada STPM 2023, sekali gus mengatasi PNGK Nasional, 2.85. “Malah, jumlah pelajar yang mendapat keputusan semua A penuh meningkat kepada 110 orang berbanding 79 orang pada STPM 2023,” katanya pada Majlis…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya