Sheila On 7 gegar Stadium Nasional Bukit Jalil Julai ini - Utusan Malaysia

Sheila On 7 gegar Stadium Nasional Bukit Jalil Julai ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Hasrat peminat untuk menyaksikan Sheila On 7 kembali ke Malaysia akan terlaksana apabila band terkemuka Indonesia itu bakal membuat kemunculan istimewa sempena festival muzik Latihan Pestapora Julai ini.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Hitman Group, Rohit Rampal selaku penganjur memaklumkan penyertaan kumpulan tersohor itu bakal memeriahkan dan menggegarkan festival muzik ini di Stadium Nasional Bukit Jalil nanti.

“SO7 bukan sekadar kumpulan muzik tetapi mereka adalah sebahagian daripada kenangan dengan lagu-lagu yang menjadi anthem satu generasi.

”Kepulangan mereka ke Malaysia bukan hanya sebuah persembahan tetapi juga sebuah detik bersejarah.

“Dengan Stadium Nasional sebagai lokasi baharu, kami bersedia untuk mengukir sejarah festival muzik di Malaysia,” katanya dalam kenyataan.

Selain SO7, Latihan Pestapora juga bakal dimeriahkan dengan kemunculan barisan nama-nama besar dunia muzik Malaysia dan Indonesia seperti Pamungkas, Dolla, Bunkface, Bittersweet,  Nadin Amizah, ALVN, Hindia, Feel Koplo, Hindia dan ramai lagi.

Sementara itu Pengarah Festival Pestapora & Pengasas Bersama Boss Creator, Kiki Ucup berkata penyertaan SO7, Nadin dan ALVN bakal mencipta sejarah dunia muzik dua negara.

“Pestapora adalah sambutan muzik dan komuniti. Membawa semangat ini ke Malaysia adalah langkah yang tepat dan sangat bermakna buat kami.

”Dengan Sheila On 7, Nadin Amizah, dan ALVN sebagai tambahan lineup, kami berharap hubungan dua negara dapat diperkukuhkan menerusi satu malam yang penuh jiwa, muzik, dan kenangan,” jelasnya.

Tiket berharga antara RM189 hingga RM399 akan mula dijual pada 9 Jun ini menerusi www.latihanpestaporamalaysia.com. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN