Saddiq orang ikhlas, peminat BASS baca Yasin - Bella Astillah - Utusan Malaysia

Saddiq orang ikhlas, peminat BASS baca Yasin – Bella Astillah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Bella Astillah, meluahkan rasa syukur apabila Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dibebaskan daripada empat pertuduhan oleh Mahkamah Rayuan pada Rabu.

Menerusi sebuah video yang tular, Bella atau Dayang Ara Nabellah binti Awang Astillah, 31, merasakan kemenangan ini adalah hadiah buat penyokong Saddiq yang tidak putus berdoa dan memberi kata semangat.

“Saya sangat bersyukur untuk Saddiq dan juga keluarganya.

“Rata-rata mendoakan yang terbaik agar YB dilepaskan. Keputusan hari ini membuatkan semua orang gembira.

“Kepada peminat BASS (Bella Astillah, Syed Saddiq) terima kasih anda semua yang banyak beri semangat, buat bacaan Yasin dan selalu bagi kata semangat itu yang lebih penting,” katanya dalam video tersebut.

Dalam pada itu, penyanyi Lebih Indah Berpisah itu juga menyifatkan keputusan hari ini menandakan Saddiq sebagai insan yang jujur.

“Saddiq seorang yang jujur, ikhas dan berani.

“(Keputusan) Itu adalah alasan atas apa kebaikan yang dia buat,” tambahnya.

Terdahulu, Mahkamah Rayuan membebaskan Syed Saddiq daripada empat pertuduhan berkaitan pecah amanah, salah laku harta dan penggubalan wang haram melibatkan dana Armada. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN