PUTRAJAYA: Kerajaan bersetuju memperuntukkan kira-kira RM20 juta bagi menaik taraf dan menyelenggara 30 buah sekolah yang beroperasi di kem-kem tentera di seluruh negara. Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, ia susulan lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim Pangkalan Tentera Laut Malaysia (TLDM), Lumut, Perak baru-baru ini. Beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata, kesemua sekolah terbabit tidak ditadbir di bawah Kementerian Pendidikan (KPM), sebaliknya dikendalikan secara langsung oleh Kementerian…










