KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri R. Ramanan menyerahkan sepenuhnya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung desas-desus beliau akan dilantik sebagai Menteri penuh dalam rombakan Kabinet. Katanya, kuasa pelantikan menteri adalah hak mutlak Perdana Menteri dan keputusan berkenaan harus dibuat tanpa tekanan mana-mana pihak. “Lantikan menteri ini adalah hak penuh Perdana Menteri. Kita beri ruang kepada beliau untuk menilai dan membuat keputusan pada masa…