Raja Muda Selangor lakukan lawatan kerja ke London

Raja Muda Selangor lakukan lawatan kerja ke London

TENGKU Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah ketika melawat Battersea Power Station, London, UK.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah sedang berada di London, United Kingdom (UK) untuk lawatan kerja strategik selama dua hari bermula semalam.

Baginda memulakan lawatan dengan mengetuai delegasi Malaysia dalam mesyuarat strategik bersama King’s Trust International (KTI), sebuah organisasi global diasaskan oleh Duli Yang Maha Mulia Raja Charles III.

“Mesyuarat ini menegaskan semula kerjasama antara KTI dan Selangor Youth Community (SAY) melalui TEAM Programme Malaysia iaitu inisiatif pembangunan peribadi dan profesional selama sembilan minggu yang direka untuk membantu belia berisiko seperti bekas pesalah juvana, lepasan penjagaan dan belia NEET (Not in Education, Employment or Training). Baginda merupakan Pengasas SAY.

“Perbincangan turut menyentuh perkembangan program sejak 2022 termasuk kerjasama dengan pusat pemulihan dadah dan pelaksanaan laluan kerjaya melalui kerjasama dengan portal pekerjaan kebangsaan,” maklum SAY dalam kenyataan, hari ini.

Menurut SAY, turut dibincangkan dalam mesyuarat itu adalah pengenalan program jangka pendek yang dikenali sebagai Get Into yang dijangka dibiayai HSBC.

Sejak TEAM Programme Malaysia diperkenalkan, lebih 460 belia mendapat impak positif.

“Pada hari yang sama (Selasa), Tengku Amir Shah turut melawat Battersea Power Station, salah satu projek pembangunan semula bandar paling ikonik di London. Lawatan ini bertujuan untuk memahami bagaimana pemulihan warisan dapat dimanfaatkan bagi merangsang pertumbuhan inklusif dan peluang pekerjaan mampan. 

“Delegasi disambut oleh pasukan Battersea Power Station Development Company yang turut memperkenalkan inisiatif BASE (Battersea Academy for Skills & Employment), sebuah model terbaik yang menyatukan latihan kebolehpasaran, pendidikan dan kerjasama industri untuk membantu komuniti yang terpinggir,” katanya.

Pada hari ini, Tengku Amir Shah berkenan mengadakan Sesi Dialog Diraja di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London yang menghimpunkan  pelajar, profesional dan wakil kerajaan Malaysia yang menetap di UK. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN