PVATM bercadang buka kilang proses daging halal di Vietnam

PVATM bercadang buka kilang proses daging halal di Vietnam

AMINUDDIN Harun (tengah) menyaksikan pertukaran dokumen di antara PVATM dan persatuan-persatuan veteran tentera ASEAN pada Majlis Sambutan Ulang Tahun PVATM Ke -103 di Seremban hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) mengorak langkah dalam usaha menjaga kebajikan ahlinya menerusi cadangan membuka sebuah kilang pemprosesan daging halal di Vietnam.

Hasrat itu bakal direalisasikan menerusi kerjasama dengan persatuan-persatuan veteran tentera dari tiga buah negara ASEAN iaitu Vietnam, Indonesia dan Thailand.

Presiden PVATM, Datuk Sharuddin Omar berkata, kesemua pihak telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi penubuhan hab halal di Vietnam itu yang dilihat akan memudahkan urusan eksport halal ke negara ini khususnya daging lembu.

“PVATM berhasrat membuka kilang pemprosesan halal patuh syariah di negara itu yang akan mengedarkan produk ke seluruh pasaran ASEAN dan Asia Barat.

“Kita tahu bekalan ayam, telur dan daging masih belum mencukupi untuk keperluan dalam negara. Jadi PVATM mengambil peranan aktif dalam menyokong pembangunan sumber makanan tempatan,” katanya kepada pemberita pada Majlis Sambutan Ulang Tahun PVATM Ke -103 di sini hari ini.

Yang hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Sharuddin dalam pada itu memberitahu, PVATM akan bekerjasama dengan MARDI Corp menerusi projek penanaman kelapa berskala besar.

“Projek itu dijangka menyumbang kepada pengurangan kebergantungan terhadap import, terutama dalam sektor bekalan asas seperti minyak masak dan bahan mentah makanan,” tambahnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN