SHAH ALAM: Program Wellness X 32 anjuran Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi (FSR) UiTM Shah Alam memupuk kesedaran serta amalan gaya hidup sihat dalam kalangan warga kampus, peringkat komuniti dan agensi kerajaan. Dekan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi (FSR), Prof. Madya Dr. Raja Mohammed Firhad Raja Azidin berkata, program itu menerima sambutan luar biasa. Katanya, beberapa agensi kerajaan sudah menyatakan hasrat untuk berkolaborasi bagi meneruskan program itu pada masa hadapan.…










