PRN Sabah: Rundingan BN, PH masuk fasa akhir - Utusan Malaysia

PRN Sabah: Rundingan BN, PH masuk fasa akhir

ASYRAF Wajdi Dusuki (kanan) bersalaman dengan perwakilan UMNO Bahagian Pasir Puteh di Dewan Uthmaniyyah, Pasir Puteh, Kelantan. - UTUSAN/TOREK SULONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PRN Sabah: Rundingan BN, PH masuk fasa akhir

Oleh TOREK SULONG/pix (msa)

[email protected]

PASIR PUTEH: Rundingan kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah sudah memasuki fasa akhir.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Dr. Asraf Wajdi Dusuki berkata, ia melibatkan seluruh komponen dalam gabungan itu, termasuk dengan rakan strategik di Sabah.

Katanya, ia sejajar dengan arahan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi supaya semua pintu perbincangan tidak ditutup rapat bagi memastikan kestabilan kerajaan yang bakal dipilih kelak.

“Setakat ini kita sedang berunding dengan semua pihak. Kita terbuka dan tidak menutup pintu rundingan serapat-rapatnya kerana matlamat utama adalah memastikan kerajaan yang ada mampu terus memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat Sabah selepas PRN nanti,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pasir Puteh, di Dewan UMNO Uthmaniyah, di sini, hari ini.

Asyraf Wajdi berkata, pada dasarnya, PH dan BN telah bersetuju untuk bekerjasama dalam menghadapi PRN Sabah.

Katanya, bentuk kerjasama itu termasuk pengagihan kerusi dan perundingan dengan parti-parti tempatan yang lain.

“Bagaimanapun, keputusan muktamad mengenai agihan kerusi serta kerjasama menyeluruh akan ditentukan oleh kepemimpinan tertinggi PH dan BN di peringkat selepas segala perincian dimuktamadkan,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN