PM terkesan, sangat sedih pemergian Muhammad Nur

PM terkesan, sangat sedih pemergian Muhammad Nur

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui terkesan dan sangat sedih atas pemergian sahabat karibnya, Prof. Datuk Dr. Muhammad Nur Manuty yang meninggal dunia pagi tadi.

Beliau dalam satu hantaran di Facebook miliknya berkata, berita pemergian Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) itu sangat mengejutkannya.

“Almarhum merupakan mantan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), selain bergerak sangat aktif di lapangan pemikiran agama, pendidikan dan intelektual serta Keadilan (PKR). 

“Saya terkesan dan sangat sedih dengan pemergian beliau tatkala kami sempat ketemu beberapa hari yang lalu. 

“Mendoakan roh beliau diberi keampunan oleh Yang Maha Esa dan diberi tempat bersama para syuhada, serta keluarganya diberi kekuatan, kecekalan, dan ketabahan olehNya, Insya-Allah,” katanya.

Berita pemergian Muhammad Nur disahkan oleh Pegawai Khasnya, Firhan Rosli pagi tadi.

Agamawan berusia 75 tahun itu meninggal dunia di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang pukul 11.27 pagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN