PM sumbang 126 lembu korban untuk masjid Parlimen Tambun - Utusan Malaysia

PM sumbang 126 lembu korban untuk masjid Parlimen Tambun

SHAMSUL Iskandar Mohd. Akin (depan, empat dari kiri) pada majlis penyerahkan lembu korban sumbangan Perdana Menteri untuk masjis dan surai Parlimen Tambun di Meru, Ipoh hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Sebanyak 126 ekor lembu korban disumbangkan oleh Perdana Menteri untuk peringkat Parlimen Tambun bagi diagihkan kepada masjid dan surau kawasan tersebut.

Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd. Akin berkata, bilangan lembu yang disumbangkan itu meningkat berbanding tahun lalu kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu memastikan semua masjid dan surau dapat menjalankan ibadah korban.

“Kami juga telah beritahu kepada pengerusi masjid semua, agar perkara ini dipastikan supaya setiap sumbangan lembu dapat diagihkan kepada seramai mungkin terutama kumpulan B40,” katanya dalam majlis di sini hari ini.

Dalam pada itu, Shamsul Iskandar berkata pihak Perdana Menteri melihat inisiatif Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) yang membeli lembu secara pukal dan murah bagi menjayakan ibadah korban, mampu diketengahkan lagi.

Jelasnya, lembu terbabit kemudian dijual pada harga termurah di beberapa kawasan, telah membolehkan lebih ramai masyarakat Islam membuat sumbangan bahagian masing-masing pada harga yang rendah.

Kata beliau, projek perintis itu setakat ini begitu menggalakkan apabila seekor lembu dijual dengan harga RM2,800 seekor atau RM399 bagi satu bahagian.

Beliau memberi contoh bagaimana kaedah tersebut dilaksanakan di beberapa buah negara kerana sumbangan (bahagian korban) dapat dilakukan pada harga yang lebih rendah.

“Jika konsep ini dapat dikembangkan dan diperbanyak, maka lebih ramai umat dapat menyumbang bahagian masing-masing,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN