Pihak pendakwaan mohon perintah larang Na’imah urus aset RM1.2 bilion

Pihak pendakwaan mohon perintah larang Na’imah urus aset RM1.2 bilion

NA’IMAH ABDULKHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pihak pendakwaan hari ini memohon perintah larangan ketiga terhadap Toh Puan Na’imah Abdul Khalid, isteri kepada bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin atau wakilnya daripada mengurus aset bernilai kira-kira RM1.25 bilion yang terletak di Jersey, sebuah wilayah taklukan British.

Permohonan perintah larangan yang dikemukakan secara sebelah pihak (ex-parte) itu dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Maziah Mohaide mengikut Seksyen 53 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Menurut Maziah, permohonan itu dibuat susulan siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 113 Akta Cukai Pendapatan 1967 dan Seksyen 4(1) AMLATFPUAA.

“Permohonan ini berkaitan aset yang diperoleh Na’imah atau wakilnya di Malaysia namun tidak diisytiharkan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

“Aset tersebut bernilai sekitar AS$157.5 juta (RM741 juta) dan £85 juta (RM509 juta) yang dipercayai disimpan di Jersey,” katanya di hadapan Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin di sini hari ini.

Pendakwaan bagaimanapun tidak memperincikan aset yang berada di Jersey.

Sementara itu, peguam Syed Afiq Syed Albakri yang mewakili Na’imah memohon untuk menjadi pencelah dalam prosiding itu dan meminta agar dokumen berkaitan diserahkan kepadanya.

Sebelum ini, pihak pendakwaan telah memohon perintah larangan terhadap aset yang dikaitkan dengan wanita itu di United Kingdom dan Singapura.

Berita lanjut menyusul.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN