KOTA BHARU: Seorang petugas kesihatan di sebuah hospital di negeri ini didakwa telah bertindak kasar ke atas bayi yang baharu dilahirkan di pusat perubatan berkenaan pada Khamis lalu.
Menurut tangkap layar yang dikongsikan oleh sebuah laman sosial petugas itu turut menggelarkan bayi itu sebagai ‘anak lorong’.
Selain itu, petugas tersebut turut didakwa mengejutkan bayi dengan penumbuk besar, menyususkan bayi dengan kasar ketika bayi tidak mahu menghabiskan susu.
Petugas berkenaan turut didakwa menyoyoh
pipi bayi itu menggunakan ayat kurang sopan ‘tembam gila kau’ dan ‘anak lorong’.
Bukan itu sahaja, bayi tersebut turut didakwa ditepuk dengan kadar pada bahagian belakang selepas menyusukan bayi.
Sementara itu Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan Datuk
Zaini Hussin mengesahkan menerima laporan dan siasatan lanjut berhubung dakwaan itu
sedang dijalankan bagi mengetahui punca sebenar kejadian.
“Saya difahamkan, bayi itu bukan digelar anak lorong, tetapi ada kakitangan lain bertanya mengenai kedudukan bayi lain. Jadi kakitangan itu beritahu di lorong ini,” katanya.-UTUSAN