Persepsi terhadap Pas berubah jika Abdul Hadi lepas jawatan

Persepsi terhadap Pas berubah jika Abdul Hadi lepas jawatan

AZMI HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pas perlu membuat tindakan drastik dalam mengubah kepemimpinan parti itu supaya dilihat lebih terbuka sekali gus menarik bukan hanya pengundi Melayu semata-mata.

Pakar geostrategi, Dr. Azmi Hassan berkata, demi tujuan itu, Pas dijangka tidak berdepan banyak masalah apatah lagi di peringkat akar umbi yang akan akur kepada setiap keputusan dibuat oleh kepemimpinan parti.

Dalam hal ini juga, Azmi berkata, sekiranya Presiden, Tan Sri Abdul Hadi Awang membuat keputusan melepaskan jawatan, ia akan memberi kesan positif kepada Pas secara keseluruhannya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jika Hadi Awang melepaskan jawatan secara sukarela, ini akan memberi kesan positif kepada Pas kerana ketika ini Pas bagaikan sudah tepu dalam mendapat sokongan bukan sahaja sokongan Melayu bahkan sokongan bukan Melayu.

“Jadi, Pas perlukan seorang pemimpin yang lebih pragmatik, yang tidak seekstrim Abdul Hadi dan saya tidak melihat jika dia melepaskan jawatan, tidak akan ada kegelisahan di peringkat akar umbi kerana mereka taat kepada kepada pemimpin.

“Jadi, saya melihat positif jika Abdul Hadi turun dengan baik, hakikatnya kalau beliau tidak turun, maka kecemerlangan Pas hanya setakat itu sahajalah,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam.

Jelas Azmi, kecemerlangan Pas juga dilihat hanya akan terbatas dengan memerintah empat negeri namun sukar bagi mendapatkan laluan untuk membentuk Kerajaan Persekutuan.

Penganalisis politik dari Universiti Teknologi Malaysia, Prof. Madya Dr. Mazlan Ali pula berkata, hala tuju Pas dijangka alami perubahan jika Abdul Hadi tidak lagi memegang jawatan Presiden parti Islam tersebut.

“Pas akan menjadi lebih terbuka dan Pas mungkin tidak lagi sekadar membataskan hubungan dengan Bersatu dalam Perikatan Nasional (PN).

“Hala tuju perjuangan Pas mungkin lebih universal, tidak sekadar berlegar isu me­nubuhkan negara Islam, hudud, RUU355 sahaja.

“Malah, Pas mungkin mene­roka hubungan lebih luas termasuk UMNO dan Pakatan Harapan (PH),” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini