GUA MUSANG: Meredah laluan balak berlumpur, menyeberangi sungai serta mendaki dan menuruni bukit selama lima jam dengan menunggang motosikal merupakan antara cabaran yang perlu ditempuhi warga pendidik Sekolah Kebangsaan (SK) Balar, sebuah sekolah pedalaman di Gua Musang, Kelantan. Berulang-alik sejauh 120 kilometer setiap minggu, nyawa mereka juga terancam apabila perlu berdepan dengan ancaman alam semula jadi di samping faktor cuaca, binatang buas dan pelbagai kepayahan lain yang menuntut kesabaran tinggi…











