Penghadang besi tepati piawaian antarabangsa

Penghadang besi tepati piawaian antarabangsa

ALEXANDER NANTA LINGGI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penghadang besi yang digunakan di lebuh raya di Malaysia menetapi piawaian antarabangsa.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, tanpa penghadang besi yang digunakan ketika ini, situasi kenderaan yang hilang kawalan menjadi lebih teruk.

“Penghadang jalan itu memang (mematuhi) standard antarabangsa. Oleh kerana itu Malaysia menggunakan penghadang besi itu.

“Sekiranya tiada penghadang itu akan menjadi lebih bahaya. Jika berlaku situasi kereta yang hilang kawalan dan terbabas tanpa peghadang ia akan jatuh ke gaung.

“Jadi kita tidak boleh melihat penghadang besi ini sebagai sesuatu yang tidak baik kerana ia terbukti menetapi taraf antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Sidang Media Mingguan Kementerian Komunikasi di Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR), hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN