Peminat emosi Cha Eun-woo bakal jalani latihan tentera - Utusan Malaysia

Peminat emosi Cha Eun-woo bakal jalani latihan tentera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOREA SELATAN: “Boleh tak dia jangan masuk latihan tentera?”

Itu antara luahan peminat yang tidak sanggup ‘berpisah’ dengan bintang kacak Korea Selatan, Cha Eun-woo menjelang tarikh wajib tenteranya yang semakin hampir.

Ahli kumpulan ASTRO itu mencuri perhatian apabila memuat naik beberapa foto terbaharu menerusi media sosial peribadinya sebagai ‘salam perpisahan’ sebelum menyertai khidmat ketenteraan pada 28 Julai ini.

Dengan kapsyen ringkas “Ready” (bersedia), hantaran tersebut menerima ribuan komen penuh emosi daripada peminat yang masih sukar menerima kenyataan bahawa idola mereka akan menyepi sementara waktu untuk fokus pada latihan ketenteraan.

“Kami akan tunggu awak kembali,” tulis seorang peminat.

“Jaga diri ya, awak terlalu kacak untuk pergi,” kata seorang lagi peminat.

Dalam perkongsian tersebut, Eun Woo memuat naik beberapa foto termasuk di gimnasium yang menonjolkan lengan berototnya, serta aksi melompat ceria di hadapan Arc de Triomphe, Paris.

Tidak ketinggalan, gambar kelakar yang hanya fokus kepada matanya turut membuatkan peminat tak keruan.

Sebelum berangkat menyertai pasukan tentera bahagian muzik (Army military band), pelakon True Beauty itu dijadualkan mengadakan perjumpaan istimewa bersama peminat pada 12 Julai sebagai momen perpisahan.

“Kami sedih tetapi berbangga walaupun Cha Eun-woo akan meninggalkan pentas hiburan seketika,” tulis peminat di ruangan komen.

Cha Eun-woo, yang dikenali dengan imej bersih dan ciri lelaki idaman sememangnya memiliki peminat setia di seluruh Asia termasuk Malaysia.

Pengumuman penyertaan latihan ketenteraan ini pastinya meninggalkan kesan mendalam buat para peminatnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN