KUALA LUMPUR: “Mungkin belum rezeki.”
Demikian pandangan pelakon, Taufiq Hanafi mengenai namanya yang masih belum cukup dikenali dalam dunia lakonan tanah air.
Taufiq yang hampir 15 tahun bergelar pelakon percaya rezeki ketentuan Tuhan meskipun setiap penggiat seni menerima peluang sama rata.
“Tidak berlaku double standard cuma belum ada rezeki.
”Ada rakan industri yang juga mengalami keadaan yang sama. Namun, bila dapat peluang, tetap beri yang terbaik.
”Saya ambil nasihat mereka dan percaya, rezeki saya akan ada satu hari nanti,” katanya.
Dalam masa yang sama, Taufiq berharap berpeluang melakonkan pelbagai watak agar karier lakonannya berkembang.
”Kalau boleh saya mahu variasikan watak yang saya lakonkan, tidak mahulah asyik bawa watak badan beruniform.
”Setiap pelakon ada kemampuan tersendiri, jadi tindakan melabelkan pelakon untuk watak tertentu sahaja perlu diubah,” katanya lagi. – UTUSAN