Pekerja kedai barang kemas ditahan curi gelang

Pekerja kedai barang kemas ditahan curi gelang

tahanan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang pekerja kedai barangan kemas terkenal mencuri seutas gelang tangan emas di Ampang Point dekat sini ditahan polis, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, unit peronda polis (MPV) menerima panggilan daripada kakitangan premis terbabit memaklumkan penahanan seorang lelaki berusia 38 tahun.

Menurutnya, susulan itu, anggota bertugas segera ke lokasi kejadian dan bertemu dengan pegawai penyiasat syarikat barangan kemas itu yang mendakwa suspek mencuri seutas gelang tangan emas.

“Pihak polis kemudian menahan suspek dan merampas barang kes sebelum dibawa ke Balai Polis Ampang bagi siasatan lanjut. 

“Kes disiasat mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN