KUALA LUMPUR: Pas lebih bersih dalam memilih kepemimpinan parti kerana tiada sifat ‘mewarisi’ yang hampir sama dengan amalan dinasti. Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, ia bukan budaya dalam parti Islam tersebut untuk membuat penggiliran dalam kepemimpinan sehingga memberi kedudukan penting dalam kerajaan. Katanya, tindakan tersebut hanya mengukuhkan elitisme politik dan mematikan semangat meritokrasi. “Tiada ruang dalam Pas untuk jawatan diserahkan secara automatik kepada anak, menantu atau isteri pemimpin…










