Parah langgar lembu, 2 remaja ‘ditidurkan’

Parah langgar lembu, 2 remaja ‘ditidurkan’

MISS Mayuedah Ishak menunjukkan gambar anak sulungnya yang ditidurkan di HTJS, Seremban sejak Khamis lalu ketika ditemui di Kampung Baru Chengkau Ulu, Rembau semalam. – UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Dua remaja cedera di kepala selepas terbabit nahas melanggar sekumpulan lembu yang tiba-tiba melintas dalam kejadian di Jalan Bongek-Gadong, di sini, Khamis lalu.

Kejadian tersebut menyebabkan mangsa, Muhammad ­Aliff Syafiq Mohd. Efree Zawani Ridzwan, 17 dan Saiful Aiman Muhd. Azmir, 15, kini menjalani prosedur ditidurkan di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS).

Ibu kepada Muhammad ­Aliff Syafiq iaitu Miss Mayuedah Ishak, 35, berkata, ketika kejadian, anak sulungnya itu bersama Saiful Aiman yang merupakan adiknya menaiki motosikal dan dalam perjalanan untuk membersihkan kebun.

“Kejadian kira-kira 3 petang itu menyebabkan anak dan adik saya mengalami pendarahan dalam kepala, mungkin di­sebabkan hentakan kuat akibat terjatuh selepas, merempuh kumpulan lembu itu.

“Kini kedua-dua mereka di­tidurkan di HTJS. Saya harap mereka akan pulih segera,” kata­nya ketika ditemui di Kampung Baru Chengkau Ulu, di sini, semalam.

Sementara itu, Miss Mayue­dah berkata, kemalangan membabitkan haiwan ternakan itu bukanlah kali pertama berlaku di perkampungan ter­sebut.

“Dua bulan lalu juga, kejadian serupa berlaku membabitkan mangsa iaitu seorang guru yang dalam perjalanan untuk pergi mengajar di sekolah di perkampungan berhampiran.

Guru itu juga dilaporkan berada dalam keadaan koma namun kini sudah beransur pulih.

“Walaupun begitu, kejadian ini seharusnya dapat dielakkan atau dikurangkan sekiranya pemilik ternakan dapat meletakkan haiwan ternakan masing-masing di dalam kandang.

“Saya harap kejadian kali ini dapat dipandang serius oleh individu berkaitan kerana banyak kali haiwan ternakan dibiarkan bebas berkeliaran menyebabkan nahas kepada pengguna jalan raya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN