Empat sahabat parah, kereta bertembung putus dua   - Utusan Malaysia

Empat sahabat parah, kereta bertembung putus dua  

KEADAAN kereta Honda Civid yang dipandu Mohammad Syamil Khairul Ihsam terputus dua dalam kemalangan dengan sebuah kereta lain di Kilometer 72, Jalan Kampung Saujana, Setiu, hari ini.  - UTUSAN/TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SETIU: Empat sahabat cedera parah apabila kereta dinaiki terputus dua selepas bertembung dengan sebuah kereta lain di Kilometer 72, Jalan Kampung Saujana, dekat sini, pada pukul 9.45 pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintenden Affandi Hussin, mangsa yang parah itu ialah Muhammad Syamil Khairul Ihsam, 20, yang patah paha kiri manakala rakannya, Syed Muhammad Fitri Syed Ahmad Yani, 20, ditidurkan akibat kecederaan kepala.

Menurutnya, dua lagi mangsa iaitu Muhammad Izzat Abdul Rohim, 20, dan Hafiz Azizi Harun, 20, pula mengalami kecederaan di kepala.

“Siasatan awal mendapati kereta jenis Honda Civic dinaiki empat sahabat itu yang dipandu Muhammad Syamil dalam perjalanan dari Kuala Terengganu menuju ke arah Besut.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, kereta itu telah hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah Proton Persona,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata, pemandu kereta jenis Proton Persona terlibat, Mohd. Redzuan Aisha, 47, dan penumpang iaitu isterinya, Saliha Hasan, 39, serta anak perempuan mereka, Nurul Fatihah Mohd. Redzuan, 6, turut mengalami kecederaan.

Bagaimanapun, tambahnya, polis masih belum dapat mengenal pasti status kecederaan tiga mangsa berkenaan, namun telah dibawa ke Hospital Setiu untuk rawatan susulan.

Jelas beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya