Orang Pengawasan Polis meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital 

Orang Pengawasan Polis meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SETIU : Seorang lelaki yang merupakan Orang Pengawasan Polis meninggal dunia ketika dalam perjalanan mendapatkan rawatan di Hospital Setiu, di sini hari ini. 

Ketua Polis Daerah Setiu, Superintenden Mohd. Zain Mat Dris berkata, lelaki berusia 59 tahun ditemukan di kaki lima jalan di Kampung Nyatoh dalam keadaan lemah oleh tiga anggota yang dalam perjalanan ke Balai Polis Penarik selepas selesai menjalani ujian larian di Taman Awam Sungai Tarom, Setiu. 

“Ketika ditemukan, dia dalam keadaan memakai kain pelikat dan bertuala merah. Melihat keadaannya yang tidak bermaya, polis membantu membawanya ke unit kecemasan Hospital Setiu untuk mendapatkan rawatan. 

“Dia yang berasal dari Kampung Gali Tengah Raub, Pahang telah menjalani hukuman orang pengawasan polis bermula 11 Mei 2025 hingga 11 Mei 2026,” katanya di sini hari ini. 

Difahamkan mangsa  merupakan pesakit athma kronik dan juga menghidap penyakit kencing manis serius. Dia yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental dikatakan  menerima rawatan terakhir di Klinik Kesihatan Permaisuri pada 4 Jun lalu. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN