Orang lain buat fitnah, saya pula yang kena jelaskan?

Orang lain buat fitnah, saya pula yang kena jelaskan?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Hafreez Adam, 34, enggan melayan tindakan netizen yang membuat andaian kononnya pelakon itu berminat dengan kaum sejenis.

Kata pemilik nama sebenar Hafreez Adam Aizat Zahalan, malah dia tidak terkesan mahupun terasa hati dengan andaian liar tersebut.

“Orang lain buat fitnah, saya pula yang kena jelaskan? Perlukah semua ini? 

“Saya tak perlu respons cerita yang dibuat-buat orang ini. Melainkan saya sendiri yang timbulkannya.

“Jadi tak wajar untuk saya layan telahan orang kerana ia hanya akan membuang masa dan tenaga saya.

“Apa pun saya serahkan kepada netizen untuk bermain dengan spekulasi. Manalah tahu mereka temui jawapan dan dapat hadiah,” selorohnya.

Hafreez berkata demikian pada tayangan perdana dan sidang media filem Gantung: Musketeer Code baru-baru ini.

Sebelum ini segelintir netizen di laman Instagram membuat andaian kononnya Hafreez meminati kaum sejenis hanya kerana statusnya yang masih bujang.

Hafreez dalam masa yang sama menegaskan tidak terkesan dengan  dakwaan-dakwaan liar yang dibuat untuk menjatuhkan dan  memburukkan imejnya.

“Saya okey sahaja, andaian-andaian macam ini tak ganggu pun emosi saya. Saya faham setiap orang ada pandangan masing-masing,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN