TANAH MERAH: Berang dan berdendam akibat ditegur menunggang motosikal secara berbahaya di kawasan kampung, seorang remaja didakwa sanggup memukul seorang warga emas dengan sebatang cota besi hingga maut dalam kejadian di Kampung Buloh Ipoh, di sini kelmarin. Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu, mangsa, Shamsuddin Mohamad, 60, yang mengalami kecederaan parah di bahagian muka meninggal dunia di lokasi kejadian selepas rebah dipukul remaja terbabit. Adik tiri mangsa, Hasnah Ghazali, 40, berkata, sebelum kejadian, abangnya sedang berbual dengan seorang rakan di sebuah bangsal berhadapan dengan kedai runcit. Katanya, selepas rakannya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya