ALOR SETAR: “Melihat ibu bapa saya, itu menjadi 1,000 sebab utama kenapa saya harus cemerlang dalam latihan penerbangan ini. Mereka pembakar semangat saya.” Demikian kata pemenang Pelatih Terbaik Sayap Kaku Piala Komandan, Leftenan Nik Zulhisam Nik Samsudin, 25, dari Manek Urai, Kelantan yang mencipta kejayaan menyaingi 12 calon juruterbang lain dalam Kursus Asas Penerbangan Siri 86/24. Anak bekas mandur ladang itu berkata, walaupun menjalani latihan yang menguji fizikal dan mental,…










