Negara ASEAN perlu melabur pertingkat kecekapan guna tenaga

Negara ASEAN perlu melabur pertingkat kecekapan guna tenga

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Negara global termasuk rantau ASEAN perlu melabur dalam meningkatkan kecekapan pelepasan gas rumah hijau serta pencemaran hasil penggunaan tenaga.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia merupakan satu tanggungjawab besar berikutan bahan api fosil kekal sebagai penyumbang utama kepada bekalan tenaga global dengan merangkumi hampir 80 peratus daripada keseluruhan sumber yang digunakan.

Bagaimanapun katanya, usaha tersebut perlu bersifat inklusif dan adil dengan tidak mengetepikan mana-mana golongan.

” Usaha nyah karbon yang mengabaikan keperluan golongan miskin dan terpinggir hanya akan menyebabkan jurang ketidaksamarataan semakin jauh.

“Menjamin akses sejagat kepada tenaga yang mampu milik dan boleh dipercayai bukan sekadar satu kewajipan moral, malah merupakan asas kepada peralihan tenaga yang adil. Justeru, keselamatan tenaga tidak seharusnya dilihat semata-mata sebagai isu kestabilan bekalan, tetapi turut merangkumi prinsip keadilan sosial dan akses yang inklusif,” katanya ketika berucap dalam Majlis Perasmian Energy Asia 2025 di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN