PUTRAJAYA: Penyanyi dan pelakon, Naim Daniel mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun, pertengahan bulan lalu. Naim atau nama sebenarnya Muhammad Na’im Daniel Baharin, 28, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Datin M. Kunasundary dalam prosiding yang dilakukan secara tertutup. Mengikut pertuduhan, Naim didakwa melakukan amang seksual terhadap remaja perempuan itu pada pukul 8.56 malam di sebuah hotel di Jalan Harapan, Petaling Jaya, Selangor, 19 Mei lalu. Dia didakwa mengikut Seksyen…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya