Nahas UPSI: 20 kaunselor bantu mangsa, keluarga trauma

Nahas UPSI: 20 kaunselor bantu mangsa, keluarga trauma

NORAINI Ahmad (dua dari kiri) menyantuni penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Ain Najwa Mohd. Ilias (dua dari kanan) yang terbabit dalam kemalangan bas di Gerik, Perak di Kampung Gong Kemuntong, Jertih, Besut, Terengganu. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT: Seramai 20 kaunselor ditugaskan  membantu mangsa dan keluarga pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang trauma akibat  tragedi kemalangan bas di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Gerik, Perak, pada 9 Jun lepas. 

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad berkata, semua kaunselor itu adalah di bawah kementerian yang digerakkan secara mobile untuk membantu mereka terlibat sekiranya diperlukan. 

“Kita faham bukan hanya mangsa yang trauma tetapi ada  ahli keluarga mangsa mengalami trauma ekoran insiden ini. Sesi kaunseling yang disediakan ini bagi membantu mereka untuk memulih dan menstabilkan emosi yang terlibat. 

“Kita harap dengan sesi kaunseling ini dapat mengembalikan keceriaan mereka yang mana kita tahu mereka sekarang ini inginkan orang yang mendengar luahan mereka,” katanya. selepas membuat lawatan ke rumah pelajar UPSI yang terlibat dalam nahas itu di Kampung Gong Kemuntong, di sini hari ini.

Noraini berkata, mesyuarat pasca Kabinet Kementerian turut memutuskan supaya Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turun padang dan melakukan siasatan ke atas semua mangsa untuk memastikan tiada yang tercicir daripada menerima bantuan sewajarnya.

Menurutnya, beberapa mangsa dikenal pasti mengalami kecederaan serius yang mengakibatkan kecacatan kekal.

“JKM diminta  kenal pasti pelajar yang mengalami cacat kekal akibat kemalangan ini dan bantuan sewajarnya diberikan kepada mereka.  Ia mungkin dilakukan secara berperingkat kerana adaantara mangsa ini masih berada di hospital di Perak,” katanya. 

Beliau turut memaklumkan kementerian menyalurkan bantuan Perlindungan Ekonomi dan Kesejahteraan Rakyat (PEKA) dalam bentuk wang tunai kepada keluarga mangsa terlibat. – UTUSAN

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×