Nahas penuntut UPSI: Masih ada mangsa, keluarga trauma

Nahas penuntut UPSI: Masih ada mangsa, keluarga trauma

NORAINI Ahmad (tengah) ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Kepala Batas di Kubang Menerong, Tasek Gelugor, Pulau Pinang, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TASEK GELUGOR :Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad berkata, ia susulan masih terdapat mangsa dan ahli keluarga yang trauma susulan tragedi berkenaan.

Noraini berkata, ketika ini, beliau telah menziarahi keluarga pemandu Perodua Alza iaitu pasangan suami isteri, Mohd. Lutfi Radzi, 37, dan Nurul Ain Zakaria, 36, yang turut mengalami kecederaan dalam nahas itu.

“Kalau kita lihat, memang ahli keluarga terbabit masih dalam trauma dan kita terus bantu untuk stabilkan emosi mereka.

“Selain itu, JKM juga sedang mengemas kini data bagi memudahkan mangsa-mangsa yang mengalami kecederaan serius seperti kecacatan kekal untuk memperoleh kad OKU dan proses ini akan segera dilaksanakan sejurus selepas mendapat maklum balas daripada doktor,” katanya.

Terdahulu, beliau hadir merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Kepala Batas di Kubang Menerong di sini, hari ini.

Pada 9 Jun lalu, negara dikejutkan apabila bas yang membawa pelajar UPSI terbabas dalam nahas di JRTB sehingga meragut 15 nyawa pelajar UPSI selain menyebabkan 29 lagi pelajar cedera. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN