Nahas pelajar UPSI: Pemandu bas mengaku tidak bersalah memandu bahaya - Utusan Malaysia

Nahas pelajar UPSI: Pemandu bas mengaku tidak bersalah memandu bahaya

PEMANDU bas terlibat nahas pelajar UPSI Isnin lalu dibawa ke Mahkamah Gerik hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GERIK: Pemandu bas persiaran yang memandu secara berbahaya hingga mengakibatkan kematian 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Isnin lalu, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Tertuduh, Mohd. Amirul Fadhil Zulkifle, 39, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas 15 pertuduhan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Muhammad Firdaus Nor Azlan.

Pada prosiding sama, bapa kepada tiga anak itu juga mengaku tidak bersalah bagi pertuduhan di bawah Seksyen 42 APJ 1987 bagi satu pertuduhan memandu secara melulu dan membahayakan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN