PETALING JAYA: Pelakon, Nadiya Nissa bersyukur apabila azamnya untuk menghantar ibunya menunaikan ibadah haji menjadi momen paling bahagia buat dirinya tahun ini. Kata Nadiya, azam itu sudah ditanam bersama adik-beradiknya sejak awal tahun lalu demi merealisasikan impian ibunya yang sudah lama mendambakan jemputan ke Tanah Suci Mekah pada bulan mulia ini. “Meniti jejak Haji 1445H, hati ini belajar berserah sepenuhnya. Kerana hanya Dia (Allah) yang Maha Kuasa, sedang kita, makhluk-Nya,…