PETALING JAYA: Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) menggesa pelaksanaan cadangan perluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang dijangka bermula 1 Julai ini ditangguhkan bagi memberi ruang kepada kajian impak sosio-ekonomi dilaksanakan secara menyeluruh. Ahli Lembaga Amanah MTEM, Mohd. Syahnis Salleh berkata, langkah tersebut penting khususnya bagi melindungi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta syarikat Bumiputera yang berpotensi terkesan akibat peningkatan kos operasi. “MTEM difahamkan tarikh pelaksanaan asal iaitu pada 1 Mei 2025 telah ditangguhkan oleh Kementerian Kewangan, namun tarikh baharu masih belum diumumkan secara rasmi. “Walau bagaimanapun, maklumat yang kami…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya