KANGAR: Majlis Perbandaran Kangar (MPK) memberi jaminan untuk membersihkan sehingga akar umbi budaya ‘Little Napoleon’ dan kartel didakwa wujud dalam pentadbiran pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenaan sejak sekian lama. Yang Dipertuanya, Affendi Rajini Kanth berkata, pihaknya mengambil serius teguran Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan sudah mengambil pendekatan serta tindakan segera dalam mengatasi masalah tersebut sejak mula mengetuai MPK lebih setahun lalu. Katanya, antara langkah telah diambil adalah seperti…










