Membaca kuatkan ingatan Rosnani Jamil - Utusan Malaysia

Membaca kuatkan ingatan Rosnani Jamil

SENIWATI tanah air, Datuk Rosnani Jamil menunjukkan buku hasil karyanya 'Sumbangsih Seorang Primadona: Dari Sungai Geringging ke Kota London' pada Siri Sembang-Sembang Sejarah Persatuan Sejarah Malaysia di Dewan Aminuddin Baki, Wisma Sejarah baru-baru ini. Gambar M. FIRDAUS M. JOHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon veteran, Datuk Rosnani Jamil memaklumkan membaca antara amalan menguatkan minda dan ingatannya sampai ke hari ini.

Seniwati berusia 90 tahun itu berkata, beliau akan mengisi kebanyakan masa lapangnya dengan membaca cerpen dan novel.

“Saya tak ada rahsia menjaga ingatan, cuma saya ini memang suka membaca.

“Pada masa sama, saya suka berjumpa orang dan menjawab segala pertanyaan mereka tentang diri dan kerjaya saya.

“Cara itu menguatkan memori saya. Kerana itu, manusia kalau sudah berusia, jangan menyendiri. Bersosiallah dengan masyarakat supaya otak kita aktif,” nasihatnya.

Rosnani ditemui sempena majlis Siri Sembang- Sembang Sejarah anjuran Persatuan Sejarah Malaysia Malaysia, baru-baru ini.

Kata pelakon filem Anak-ku Sazali itu, dalam masa yang sama, dia juga menjaga pemakanan untuk mengekalkan kesihatan pada usia 90-an.

“Sejak kecil saya dibiasakan tidak makan daging, sebaliknya banyak makan sayur dan ikan. Makanan atau minuman manis pula memang saya kurangkan pengambilannya,” ujarnya.

Sementara itu Rosnani juga menyarankan golongan berusia agar menjalankan gaya hidup aktif dan memanfaatkan masa dengan aktiviti berfaedah.

“Saya tak setuju kalau ada orang kata sudah tua elok duduk di rumah untuk jaga cucu dan cicit. Saya belum sampai ke tahap itu lagi.

“Saya masih pergi melancong dengan kawan-kawan tengok negara orang. Saya tak ada masalah berjalan cuma perlu bantuan tongkat,” kongsinya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN