Mayat wanita warga emas dalam rumah diklasifikasi mati mengejut

Mayat wanita warga emas dalam rumah diklasifikasi mati mengejut

tahanan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kematian wanita warga emas yang mayatnya ditemukan di ruang tamu rumah di Pandan Indah di sini kelmarin diklasifikasikan mati mengejut.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, hasil bedah siasat yang dilakukan di Hospital Kuala Lumpur tidak menemukan sebarang unsur jenayah.

“Polis menerima laporan awam mengenai bau busuk di rumah teres dua tingkat pada 6.30 petang Jumaat dan pemeriksaan menemukan mayat warga emas berusia 76 tahun di rumah tamu.

“Siasatan awal tidak dapat mengenal pasti kecederaan disebabkan mayat yang kembung dan mulai mereput.

“Bagaimanapun hasil bedah siasat yang dijalankan semalam mendapati tiada unsur jenayah pada badan si mati dan diklasifikasikan mati mengejut,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Terdahulu, media melaporkan penduduk rumah teres dua tingkat di Jalan Pandan Indah mengesan bau busuk dari sebuah rumah jiran mereka sejak Isnin lalu sebelum melakukan pemeriksaan yang menemukan mayat wanita warga emas.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN