Maxim hantar rayuan kepada APAD

Maxim hantar rayuan kepada APAD

MUSHFIQUE Ahmed (kiri) bersama Mohd. Hazwan Musley (tengah) selepas sidang akhbar di Kuala Lumpur, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Syarikat e-hailing, Maxim Malaysia (Maxim) telah menghantar rayuan rasmi kepada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) termasuk semua pindaan berkaitan syarat lesen dan Permit Kenderaan e-Hailing (EVP).

Sebelum ini syarikat itu diarah henti operasi kerana didakwa beroperasi secara haram.

Pengarahnya, Mohd. Hazwan Musley berkata, segala dokumen telah dilengkapkan dan kini berharap diberi kebenaran meneruskan operasi secara sah di seluruh negara.

Katanya, ciri keselamatan aplikasi turut dipertingkat menerusi ciri sembang dalaman yang dipantau serta fungsi pautan perjalanan yang boleh dikongsi dengan keluarga bagi pemantauan masa nyata.

“Maxim hanya membenarkan pemandu sah dan berdaftar sebagai rakan kongsi. Keselamatan serta keselesaan pelanggan adalah keutamaan syarikat kami sejak awal,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Perundangan dan Pematuhan Maxim, Mushfique Ahmed berkata, pihaknya membantu pemandu mendapatkan Lesen Vokasional Malaysia (PSV) dan EVP melalui kerjasama dengan lebih 25 sekolah memandu.

“Maxim juga beri pampasan kos pemeriksaan perubatan selepas pendaftaran serta sedia kembangkan sistem insentif baharu kepada pemandu berdaftar,” ujarnya.

Dalam pada itu, wakil APAD, Masita Mat Isa mengesahkan, pihaknya menerima dokumen pindaan lengkap daripada Maxim dan kini sedang meneliti permohonan rayuan tersebut.

“Maxim telah bertindak balas terhadap isu yang timbul, kemuka pindaan seperti diminta dan patuh garis panduan. Kini kami bersedia menyemak semula kes dalam masa terdekat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN