Malaysia mahu laluan Selat Hormuz terus dibuka

Malaysia mahu laluan Selat Hormuz terus dibuka

MOHAMAD Hasan (tengah) pada Majlis Perasmian Serentak Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Cheras di Dewan Pusat Rekreasi Cheras, di Kuala Lumpur, semalam. – UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia meminta Iran tidak menutup Selat Hormuz yang merupakan laluan utama perdagangan minyak dan gas asli cecair (LNG) antarabangsa berikutan konflik negara itu dengan Israel.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, beliau sendiri akan berhubung dengan rakan seja­watnya dari Iran, Abbas Araghchi dalam masa terdekat bagi memastikan selat tersebut terus dibuka.

Katanya, penutupan Selat Hormuz akan menyebabkan bekalan minyak dunia berkurangan, sekaligus berlaku kenaikan harga.

“Ada cadangan dan ura-ura bawah pihak Iran akan menutup laluan Selat Hormuz. Jika ini berlaku, ia akan mengakibatkan terputusnya laluan dagang dari Timur Tengah untuk pasaran antarabangsa.

“Ia menyebabkan satu per­kara yang rumitkan dunia sebab bekalan banyak datang dari rantau tersebut. Justeru saya akan berhubung dengan Abbas sama ada petang ini atau esok. Ini kerana mereka (Iran) juga perlu berperanan (isu minyak) kepada negara antarabangsa lain,” katanya ketika ditemui dalam Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Cheras di sini semalam.

Selat Hormuz, yang terletak di antara Teluk Parsi dan Teluk Oman merupakan laluan laut penting di mana kira-kira satu pertiga daripada perdagangan minyak global, antara 17 juta hingga 20 juta tong minyak mentah dan kondensasi.

Kira-kira 70 peratus daripada jumlah itu dihantar ke Asia, termasuk ke China, Jepun, India, Korea Selatan, Singapura, Thailand, Pakistan dan Fili­pina, menurut Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA).

Dalam pada itu, Mohamad berkata, rakyat Malaysia di Iran, Iraq dan Jordan akan dipindahkan segera sekiranya situasi konflik semakin memuncak.

Menurutnya, setakat ini semua rakyat Malaysia di ketiga-tiga negara telah pun dihubu­ngi untuk pemantauan rapat.

“Kita minta hubungi kedutaan dan dapatkan maklumat terperinci, dan kalau ada arahan untuk pemindahan segera, mereka boleh dihubungi. Apa yang menjadi masalah sekiranya ada yang terus me­netap di sana,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN