Mahkamah Singapura tolak semua rayuan BSI dalam kes 1MDB

Mahkamah Singapura tolak semua rayuan BSI dalam kes 1MDB

Bicara kes skandal 1MDB.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Mahkamah Tinggi Singapura hari ini menolak keseluruhan rayuan yang difailkan oleh BSI Bank Limited dalam usaha mengetepikan tuntutan bernilai AS$394 juta oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan anak syarikatnya, Brazen Sky Limited.

Jurucakap Lembaga 1MDB dalam kenyataan berkata, pihaknya komited untuk bertanggungjawab ke atas institusi dan individu yang terlibat dalam penyelewengan wang daripada dana kekayaan berdaulat Malaysia.

“Usaha ini bertujuan untuk mendapatkan semula aset dan pemulangan aset yang sah kepada rakyat Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, saman yang difailkan pada 2 Mei lalu menuntut ganti rugi bagi kerugian kewangan berskala besar yang dikatakan punca akibat pemindahan tanpa kebenaran dan skim pengubahan wang haram melalui akaun di bank itu yang kini dalam pembubaran.

Dalam saman itu, 1MDB dan Brazen Sky mendakwa BSI dan beberapa bekas pegawai memainkan peranan penting dalam memudahkan pemindahan tanpa kebenaran dan skim pengubahan wang haram melalui akaun BSI. 

Perkara tersebut menyumbang kepada skandal 1MDB yang menyaksikan berbilion digelapkan daripada dana kekayaan berdaulat itu.

BSI berusaha membatalkan tuntutan itu, antara lain berhujah bahawa tuntutan mahkamah itu melibatkan tempoh langkau masa (time barred).

Bagaimanapun, pada 27 Mei, Hakim Andre Maniam menolak semua alasan BSI dalam rayuannya dan memerintahkan bank itu membayar kos kepada 1MDB dan Brazen Sky.

Keputusan mahkamah itu membuka laluan kepada tindakan undang-undang terhadap BSI yang bermula pada Mei. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN