KUALA TERENGGANU: Lima pelajar sebuah sekolah di Besut, dekat sini ditahan reman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kejadian buli fizikal terhadap seorang pelajar junior sekolah sama, Selasa lalu. Perintah tahanan reman terhadap kesemua pelajar lelaki berusia antara 15 tahun hingga 17 tahun itu dikeluarkan Majistret Yuhanis Mohd. Roslan di Mahkamah Majistret di sini hari ini. Tahanan reman itu bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan…