MELAKA: Lima pemandu bas henti-henti kendalian Bas.My disaman kerana menggunakan telefon bimbit ketika memandu dalam ‘Op Pinky’ dijalankan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di sekitar negeri ini, semalam. Operasi memfokuskan bas berwarna merah jambu (pink) itu dilaksanakan susulan beberapa aduan dan insiden kemalangan melibatkannya sejak kebelakangan ini. Pengarah JPJ Melaka, Siti Zarina Mohd. Yusop berkata, kaedah penyamaran digunakan dengan anggotanya menaiki bas sebagai penumpang bagi menilai sikap dan tatakelakuan pemandu ketika dalam perjalanan. Katanya, operasi bermula pukul 8.30 pagi hingga 4.00 petang itu berjaya memeriksa sebanyak 34 bas di beberapa lokasi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya