KATA orang, kalau mahu tahu personaliti sebenar seorang artis yang digelar ‘Idol’, nilailah daripada caranya melayani orang lain terutama kru di set penggambaran.
Di Korea Selatan, antara cara lain untuk peminat lebih mengenali sikap artis kesayangan mereka adalah melalui rancangan aneka ragam.
Ada banyak rancangan aneka ragam dengan pelbagai format di Korea Selatan. Peserta termasuk artis dan pengacara akan mengendalikan rancangan itu tanpa sebarang skrip.
Semuanya terjadi dengan sangat spontan. Oleh itu, berikut adalah antara lima pelakon Korea Selatan yang dianggap lucu dan penyeri setiap kali mereka ada di set penggambaran.
LEE YI KYUNG
WALAUPUN namanya baru meledak untuk penonton antarabangsa menerusi drama Marry My Husband namun, dia sebenarnya telah terlibat dalam beberapa projek lakonan seperti Welcome to Waikiki dan Children of Nobody.
Mengikut cerita kru penggambaran, Lee dan pelakon gandingannya ketika itu iaitu VIXX sering membuat kelakar di set penggambaran dan rajin berseloroh.
Bukan itu sahaja, ketika penggambaran Marry My Husband, Lee juga sering membuat ad-lip spontan sendiri seperti dialog ‘rasa macam nak mati’ ketika Park Min-young memberinya bubur.
LEE KWANG SOO
MUSTAHIL bercerita tentang HaHa tanpa menyebut nama Lee Kwang Soo. Boleh dikatakan dalam program Running Man, dialah yang paling kelakar.
Bukan itu sahaja, dia juga pernah membintangi beberapa drama, namun antara karakter paling kuat adalah watak sebagai Joo Suk dalam The Sound of Your Heart yang sangat bendul membuatkan penonton ketawa Menurut apa diceritakan kru, Kwang Soo selalu menjadi yang paling bising di set membuatkan suasana menjadi meriah.
Dia juga seorang lelaki yang rendah diri dan mudah didekati.
LEE SI YOUNG
JANGAN tertipu dengan karakter tegasnya dalam drama Sweet Home. Lee Si Young merupakan salah satu pelakon yang sangat aktif di aplikasi TikTok.
Kalau anda mengikuti media sosialnya, dia sering memuat naik video lucu berbentuk sketsa sehingga mendapat jutaan tontonan.
Bukan itu sahaja, dia juga pernah terlibat dalam program popular Running Man untuk episod 131.
Ketika itu dia hadir sebagai tetamu undangan bersama salah seorang artis MMA, Choo Sung-hoon. Masing-masing kagum dengan kecerdasan Lee Si Young dan kerenah lucunya melayani Lee Kwang Soo.
KIM YOUNG CHUL
DIA merupakan seorang pelawak yang terkenal dengan komedinya menerusi rancangan aneka ragam Knowing Bros dan Infinite Challenge.
Bukan itu sahaja, antara sebab lain membuatkan Kim begitu dikenali adalah kebolehannya membuatkan orang yang berbual dengannya boleh meluahkan isi hati.
Selain kelakar, dia juga dipuji kerana sikapnya yang sangat prihatin kepada rakan sekerja.
Ketika membintangi filem The Technicians, dia mempunyai hubungan baik dengan semua pelakon dan disifatkan sebagai seorang abang yang prihatin.
HAHA (HA DONG HOON)
MERUPAKAN antara pengelola rancangan Running Man yang disayangi kerana perangainya yang sangat lucu.
Ada banyak momen membuatkan penonton tidak kering gusi, namun antara paling mengesankan adalah ketika HaHa tidak tahan mahu ke tandas.
Tapi pada masa sama, dia perlu melunaskan cabaran iaitu menghancurkan tiga biji labu dengan cepat.
Selain itu, ada juga momen di mana HaHa tiba-tiba mahu menyorok selepas mengetahui salah seorang tetamu jemputan ialah Choi Min Soo yang selalu berimej garang.