Lima aktres Hollywood gagal dalam pembedahan - Utusan Malaysia

Lima aktres Hollywood gagal dalam pembedahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

UMUM tahu, pembedahan plastik bukanlah perkara asing dalam kalangan penggiat industri hiburan Hollywood yang sentiasa menitikberatkan tentang penjagaan imej dan kecantikan wajah. 

Meskipun ramai selebriti yang berjaya mencapai hasil yang diinginkan melalui prosedur kosmetik, ada juga yang kurang bernasib baik dan terpaksa menanggung padah seumur hidup. 

Berikut adalah lima aktres Hollywood yang berdepan kegagalan akibat pembedahan plastik sekali gus menarik perhatian umum dan membawa kepada penyesalan peribadi.

TARA REID

PELAKON, Tara Reid yang terkenal melalui filem American Pie dan Van Wilder pernah menjalani pembedahan pembesaran payudara dan sedutan lemak pada awal 2000-an. 

Namun, Reid telah meluahkan rasa kecewa dengan hasil prosedur tersebut yang menyebabkan perutnya seperti bergelombang dan membonjol. 

Susulan itu, aktres tersebut terpaksa menjalani pembedahan semula selepas mengalami komplikasi yang menyakitkan. 

Kini, Tara lebih terbuka berkongsi pengalamannya dan sering mengingatkan orang ramai akan risiko yang berkait dengan prosedur kosmetik.

MEG RYAN

MESKIPUN tidak pernah mengesahkan dirinya menjalani pembedahan kosmetik, perubahan drastik pada wajah pelakon, Meg Ryan sering menjadi bahan bualan dalam kalangan masyarakat. 

Terkenal dengan watak ikonik dalam filem romantik seperti When Harry Met Sally, pakar dan peminat percaya aktres itu mungkin telah menjalani suntikan pengisi (filler), botox dan pembedahan muka. 

Perubahan penampilannya turut mencetuskan perdebatan hebat, malah ada juga meluahkan rasa kesal kerana daya tarikannya yang semula jadi telah berubah.

PRISCILLA PRESLEY

BEKAS isteri legenda muzik Elvis Presley, Priscilla Presley merupakan antara mangsa seorang doktor tidak bertauliah sewaktu menjalani prosedur implan pada bahagian pipi. 

Difahamkan, doktor terbabit telah menyuntik silikon gred industri yang tidak mendapat kelulusan. 

Akibatnya, aktres itu mengalami komplikasi serius, termasuk pembengkakan dan perubahan bentuk wajah yang ketara. 

Walaupun telah menjalani beberapa pembedahan pembetulan, kesan jangka panjang masih dapat dilihat dengan jelas. Selain itu, Priscilla turut menjalani beberapa rawatan kosmetik lain seperti botox, suntikan filler, facelifting dan pembedahan hidung.

JENNIFER GREY

MEMILIKI wajah yang unik kerana bentuk hidungnya yang ikonik, siapa sangka keputusan, Jennifer Grey untuk menjalani pembedahan kosmetik ‘rhinoplasty’ mengubah kehidupannya secara drastik. 

Terkenal dengan watak ‘baby’ menerusi f ilem Dirty Dancing sekitar 1987, Jennifer telah menjalani prosedur pembedahan tersebut sebanyak dua kali sekitar era 1990-an. 

Meskipun prosedur tersebut berjaya dijalankan secara teknikal, perubahan wajahnya yang ketara membuatkan ramai yang tidak mengenali dirinya termasuk pengarah sekali gus meninggalkan kesan pada karier lakonannya.

DONATELLA VERSACE

WALAUPUN lebih dikenali dalam industri fesyen, Donatella Versace sering dijadikan sebagai topik perbincangan berkaitan pembedahan kosmetik dalam kalangan selebriti. 

Sepanjang tahun, penampilannya berubah dengan ketara yang dipercayai hasil daripada pelbagai prosedur kecantikan termasuklah secara pembedahan dan bukan pembedahan. 

Walaupun Versace jarang mengulas secara terbuka, transformasinya sering dijadikan contoh kesan jangka panjang akibat penggunaan pembedahan estetik secara berlebihan.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN