Lembu bertukar agresif tanduk ‘tuan’ hingga parah

Lembu bertukar agresif tanduk ‘tuan’ hingga parah

LEMBU jantan yang menanduk seorang lelaki di Kampung Neman, Bachok, Kelantan. - UTUSAN/TOREK SULONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK: Seorang lelaki berusia 30 tahun parah ditanduk seekor lembu jantan semasa mahu membawa haiwan berkenaan masuk ke dalam kandang yang terletak di kawasan rumahnya di Kampung Neman, Mukim Rusa, di sini, Jumaat lalu.

Bapa mangsa yang enggan dikenali berkata, kejadian kira-kira pukul 7 malam itu berlaku ketika anaknya mahu membawa masuk lembu berkenaan ke dalam kandang.

Katanya, secara tiba-tiba lembu jantan itu mengamuk sdan menanduk bahagian perut anaknya sehingga mengalami kecederaan parah.

“Saya sama sekali tidak menyangka lembu berusia setahun yang sebelum ini jinak boleh bertukar agresif sehingga mencederakan anak.

“Kami sekeluarga terus membawa anak ke Hospital Bachok untuk mendapatkan rawatan sebelum dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di Kota Bharu bagi rawatan lanjut,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Katanya, mengikut perancangan, lembu tersebut diserahkan kepada pembeli untuk tujuan ibadah korban pada Jumaat ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN