KANGAR: Seorang lelaki warga Thailand dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan mengedar dan memasukkan dadah ke dalam badan di Padang Besar, pada awal bulan ini. Mahmud Chaidilok, 21, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Norshahida Abdul Rahim namun tiada sebarang pengakuan direkodkan kerana kes itu berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi. Bagi pertuduhan pertama, Mahmud dituduh mengedar dadah berbahaya iaitu kanabis seberat…