Lelaki parah ditetak guna parang, suspek ditahan - Utusan Malaysia

Lelaki parah ditetak guna parang, suspek ditahan

KEADAAN mangsa yang cedera akibat ditetak seorang lelaki menggunakan parang di Jalan Betong-Pengkalan Hulu dekat Gerik.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GERIK: Seorang lelaki cedera parah akibat ditetak oleh seorang suspek lelaki dipercayai kurang siuman dalam kejadian di kawasan hadapan kedai menjual buah-buahan di Jalan Betong-Pengkalan Hulu dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Pengkalan Hulu, Superitenden Zulkepli Ibrahim berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada pukul 12.50 tengah hari.

Menurutnya, bertindak atas maklumat, anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah ke lokasi kejadian dan ke rumah suspek.

“Suspek berjaya diberkas dan senjata yang disyaki digunakan semasa kejadian dirampas. Mangsa yang cedera kini dirawat di Hospital Baling, Kedah.

“Hasil temubual awal dengan Pegawai Perubatan, mangsa mengalami kecederaan luka pada bahagian bahu kiri, bahu kanan, lengan kanan, bahagian atas bibir dan luka kecil pada bahagian jari telunjuk tangan kanan,” katanya.

Menurutnya, tiada kecederaan melibatkan organ dalaman atau tulang dan mangsa dalam keadaan stabil.

Katanya, siasatan awal suspek bertindak mencederakan mangsa menggunakan parang miliknya sendiri dan suspek mendakwa melakukan perbuatan tersebut kerana terdorong dengan suara bisikan.

“Permohonan reman ke atas suspek akan dibuat pada 9 Jun di Kompleks Mahkamah Kuala Kangsar,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN