Lelaki maut jatuh pokok kelapa 

Lelaki maut jatuh pokok kelapa 

LOKASI penemuan mayat mangsa di bawah pokok kelapa di Kampung Rhu Muda, Marang, Terengganu. - IHSAN PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG: Seorang lelaki  maut dipercayai terjatuh dari pokok kelapa sebelum mayatnya dijumpai adik iparnya di bawah pokok di Kampung Rhu Muda, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Marang, Superintenden Mohd. Sofian Redzuan berkata, laporan diterima daripada seorang lelaki yang memaklumkan menjumpai abang iparnya dalam keadaan meniarap dan muka tersembam ke tanah.

“Mangsa dipercayai keluar rumah pada petang sebelumnya untuk memanjat pokok kelapa namun tidak pulang sehinggalah ditemukan. Turut dijumpai seutas tali panjang, sebilah parang dan sebuah kereta sorong milik mangsa.

“Pihak Klinik Kesihatan Pengkalan Berangan mengesahkan kematian mangsa. Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk bedah siasat,” katanya hari ini.

Beliau berkata, hasil bedah siasat dijalankan mengesahkan mangsa mengalami kecederaan parah pada bahagian muka akibat jatuh dari tempat tinggi yang menyebabkan saluran pernafasan tersumbat oleh darah. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN