PETALING JAYA: Seorang lelaki ditemukan maut di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Beringin Jalan Miri Off Taman Beringin, Jinjang di sini, semalam selepas dipercayai bercakap dengan teman wanita menerusi telefon. Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd. Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam kira-kira 7.39 petang semalam. Katanya, pihak polis menerima panggilan laporan kejadian orang terjatuh dari tingkat 11 di PPR Beringin, Jinjang, di sini. “Hasil siasatan…