Lelaki hilang di Elmina jumpa di Melaka

Lelaki hilang di Elmina jumpa di Melaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Polis mengesahkan seorang lelaki yang dilaporkan hilang ketika beriadah di Lembah Elmina 3, Shah Alam pada 27 Mei lalu telah ditemukan dalam keadaan selamat.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, lelaki yang dikenali sebagai Mohd. Arif Iskandar Samsudin, 21, ditemukan berada di rumah neneknya di Melaka semalam tanpa sebarang kecederaan.

Jelas Mohd Hafiz, penemuan itu dimaklumkan oleh salah seorang saudara mangsa yang menetap di Melaka.

“Ayah mangsa menerima maklumat daripada saudaranya yang memaklumkan mangsa dalam keadaan selamat di rumah neneknya di Melaka.

“Cuma perjalanan mangsa sampai ke Melaka itu masih belum diketahui. Mangsa juga telah dibawa oleh ahli keluarga untuk dapatkan rawatan kesihatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan Mohd. Ariif Iskandar hilang di kawasan Lembah Elmina 3, Jalan Metafasa U16/3, Shah Alam dengan memakai pakaian sukan berwarna hitam.

Laporan kehilangan pemuda itu dibuat oleh ibunya selepas mangsa tidak pulang ke rumah selepas keluar kira-kira 7 pagi pada 27 Mei lalu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN