Lelaki ditahan bersama 410 karton rokok tanpa cukai - Utusan Malaysia

Lelaki ditahan bersama 410 karton rokok tanpa cukai

SEBAHAGIAN rokok kretek tanpa cukai Kastam yang dirampas di Lawin, Gerik Selasa lalu. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Seorang lelaki ditahan bersama 410 karton rokok kretek pelbagai jenama dipercayai tanpa cukai Kastam yang dianggarkan bernilai RM131,450 di Lawin, Gerik Selasa lalu.

Komander Briged Utara, Senior Asisten Komisioner Shahrum Hashim berkata, lelaki berusia 49 tahun yang memandu kereta Toyota Avanza itu ditahan di hadapan sebuah gerai pada pukul 4 petang.

Katanya, pemeriksaan lanjut di dalam kenderaan itu telah menjumpai beberapa kotak berisi rokok yang disyaki tidak mempunyai cukai Kastam.

“Berdasarkan siasatan awal, suspek dipercayai mengambil bekalan rokok tersebut dari Ipoh dan membawanya ke Gerik untuk diedarkan ke kedai-kedai runcit bagi pasaran tempatan.

“Semakan terhadap lelaki itu mendapati suspek tidak memiliki rekod kesalahan lampau selain bukan individu yang dikehendaki,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, rampasan barang kes termasuk rokok seludup dan suspek dibawa ke Ibu pejabat Polis (IPD) Gerik untuk tindakan lanjut di bawah Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN